Tuesday, October 7, 2008

Terima kasih Kawan-kawan

Tengah kemas-kemas komputer aku yang semak serabut ini, aku terjumpa ini, erm...teringat balik kawan-kawan lama. Yang kat poli 3 taun, yang kat gurun hampir 6 bulan, banyak pekara yang berlaku, seronok marah kena marah, mengata orang kena kata orang, berjaya gagal, study sama-sama, makan nasik bata sama-sama, makan kenduri memba-memba sama-sama, tolong menolong, ajar mengajar, tiru meniru, mengorat orang yang paling tidak cantik, meronda, mengacau orang, paling banyak buat masalah haha(paling taktahan kena denda sebab jadi budak tadika, koro semua ada haha...kes tudung pen saja apa2 pun tu semua kenagan ooo) kata mengata kat member-member sendiri pastut gelak-gelak haha...(semua nie melawak ja), memang best la hampa semua aku seronok berkawan dgn hampa semua. Semoga relationship nie kekal selamanya tanpa dendam dan gaduh, semoga masing-masing sihat dan berjaya dalam hidup...

Erm sebut pasai kawan-kawan, bukan kat poli dan gurun saja, termasuk dari tadika nuri kat Kandis, SK Siputeh, SMK Megat Dewa, SMT Alor Setar dan akhir skali SMK Jitra(walaupun sat saja tapi kawan-kawan yang best). Memang kenangan dengan kawan2 semua xkan aku lupa, dah la aku jenuh kecoh adoi memang malu pun ada xpa tu kenagan haha...

al Fatihah kepada sorang kawan aku Mohd Razali Hassan, Baru-baru nie dia meninggal sebab kemalangan jalan raya. arwah seorang kawan yang baik, arwah jugak penah ajaq aku photoshop, bagi idea-idea yang best walaupun arwah banyak minat kepada web, tapi still rajin bantu aku. aku rapat dengan dia semasa form4 kat teknik, sebab time tu aku dok asrama, then banyak lepak kat utp, buang masa kat situ pagi siang malam, kadang kalau ada kerja dari malam sampai pagi lepak kat situ. Seorang yang xberkira, seorang yang ceria, mudah dengan semua orang. terima kasih kerana sudi berkawan, maafkan salah dan silap. Semoga rohnya dicucuri rahmat...al-Fatihah

ha, baru-baru nie aku jumpa own( kawan lama SMT Alor Setar) kat Futsal time tu dia baru abih main futsal, adoi aku xperasan dia sebab aku xtengok situ, terima kasih sebab sudi gak hang kelui nama aku dgn deraihnya...haha, tekejut aku masuk-masuk ada org kelui sapa lak kenal aku, mula2 aku tgk sorang dua ja, bukan team aku dok main futsal sebab tu aku blah kat situ xperasan hang.Terima Kasih sebab masih ingat aku lagi...tapi xleh sembang lama sebab aku ingat aku lewat dah tu kalut sket, xpa apa2 pun semoga persahabatan kekal. Semoga berjaya dalam apa jua bidang...

Nie gambar-gambar yang aku jumpa dalam simpanan tongkang pecah komputer aku...terima kasih kawan-kawan semua, walaupun perangai aku teruk, kampung mali semua ada tapi sudi gak hampa semua kawan dengan aku...berjuta-juta terima kasih


Rumah Samdul - Masa berjalan kat penang dgn perak kunun nak g interbiew
tapi xleh masuk hehe....tu pasai pakai baju cam nieh :D




Makan charkuihteow kat Perlis, pastu benti kat depan balai polis
time nieh beli burger sambil tu tembak ambik gambaq kenagan...:D(kodiang)




Time kompang dengan lecture yang karut (lecture kantin poli)


lepas present final year projek (bengkel) rakan-rakan Mekatronik


Bola Traning VS staff Vol 1(Gurun)


Lepas present FYP rakan-rakan mekatronik



Lepas present FYP (rakan2 Mekanikal)


Time study (rumah farid) thanks sebab sudi bagi tumpang rumah :D



Rumah sewa Kawan2 Last sem, kali nie aku rajin lepak sana
kadang study sana, sebab aku kena g antar adik aku 2syen selalu.
slalu abis kelas lepak sna, makan sana, tidoq sana,
lepak men tenet, men game, merapu merapu :D



Bukit Merah ( time Ronda penang perak)


kat laB computer, boring tunggu lecture slalu aku lewat :D (semua kawan2 kelas)


Bukit Merah ( time Ronda penang perak)



Jabatan Pulau Bunting (time nie best sebab kami boikot jamuan akhir kelas sebab alasan munasabah) maaf kami boikot



Bola Traning VS staff Gurun dan PenangVol II 2(Gurun)




Menara Alor Star ( buka puasa) pastu p pekena kenny roges hehe..



Kawan-kawan susah senang kat gurun
(Time nie otw p penang ) depa kata aku homesick hari tu haha..:D
apa2 pun thanks sudi gak ajak budak kampung cam aku join



Time raya, depa mai rumah aku sambil celeb8 besday sir


nie gambar lama nieh, rasanya camera fifi, time nie memang budak2 betui :D


Terima Kasih Semua Kawan -Kawan

No comments:

Post a Comment